Pelikan Meterai Perjanjian Lupus Pusat Logistik Di Jerman

196

Pelikan Group GmbH (PGG), anak syarikat Pelikan International Corp Bhd (PICB), telah memeterai perjanjian jual dan beli bersyarat dengan HE4 Falkensee 1 S.à r.l. dan HE4 Falkensee 2 S.à r.l. untuk melupuskan pusat logistiknya di Jerman dengan nilai 81 juta euro (RM399.33 juta).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, PICB berkata hasil daripada pelupusan itu akan digunakan untuk membayar balik pinjaman bank, keperluan modal kerja, anggaran kos dan perbelanjaan bagi penyusunan semula dalaman.

“Pelupusan itu akan membolehkan kumpulan memanfaatkan sumber modal yang terikat sebagai aset jangka panjang dan merealisasikan nilai hartanah pada nilai pasaran saksama selain dapat mengukuhkan kedudukan kewangannya.

“Pertimbangan ini akan digunakan terutamanya untuk keperluan modal kerja syarikat; memberi ganjaran kepada pemegang saham melalui pengagihan tunai khas; penyusunan semula operasi dalaman dan pembayaran balik sebahagian pinjaman bank, justeru, ini secara keseluruhan akan meningkatkan keuntungan dan mengurangkan kos pembiayaannya,” kata kenyataan itu seperti dilaporkan oleh Bernama.

Syarikat tersebut menjangkakan cadangan pelupusan itu akan dimuktamadkan menjelang suku terakhir 2021.

Dagangan saham Pelikan juga digantung daripada pukul 9 hingga 10 pagi tadi.

Kaunter tersebut menyusut sebanyak 3.5 sen atau 7.69% kepada 42 selepas urus niaganya disambung semula, menjadikan nilai pasarannya sebanyak RM218.92 juta.

Semalam, kaunter berkenaan ditutup 9.5 sen atau 26.39% lebih tinggi kepada 45.5 sen.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat