Pelombong Kripto China Terus Ditekan, ‘Hashrate’ BTC Dalam Bahaya!

1,224

Beberapa jam yang lepas, China telah mengeluarkan laporan bahawa kerajaan China dilaporkan mengambil tindakan drastik dengan melarang pelombongan Bitcoin di daerah Xinjiang. Tindakan keras ini telah mendorong pelombong tempatan terpaksa menghentikan operasi.

Oleh kerana sekatan ini, ‘hasrate’ BTC di beberapa kawasan pelombong kripto China mula menujukkan penurunan. AntPool dan Poolin telah mencatatkan penurunan terbesar iaitu sekitar 25% dalam ‘hashrate’ BTC berdasarkan data yang dikongsi oleh wartawan China, Colin Wu.

Setelah menghentikan operasi di beberapa destinasi perlombongan kripto terbesar seperti Mongolia dan Sichuan, pihak berkuasa kini meneruskan operasi dengan melarang perlombongan Bitcoin di kawasan Xinjiang.

Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan China mengeluarkan kenyataan yang mengatakan:

Pihak berkuasa telah mengeluarkan arahan untuk membanteras perlombongan kripto. Semua yang terlibat harus menghentikan pengeluaran dan pembinaan kripto.

Larangan kripto ini di China ini tidak termaktub untuk ‘mining’ sahaja namun turut merangkumi platform pertukaran. Baidu dan Sogou antara syarikat yang telah menyekat pecarian maklumat mengenai tiga pertukaran utama termasuk Binance, OKEx, dan Huobi.

Tindakan keras China baru-baru ini telah memberi tekanan besar kepada Bitcoin dan keseluruhan pasaran kripto. Pada hari Selasa, harga BTC turun hingga $ 32,000 dan kemudian naik kepada $34,949.61 pada jam 9.40 p.m.Sebahagian penganalisis belum dapat memastikan adakah tindakan China baru-baru ini adakah sebuah FUD atau China pada kali ini ingin bertindak serius.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat