Pelosi Sekali Lagi Dilantik

182

Anggota Demokrat, Nancy Pelosi dipilih sekali lagi sebagai Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) untuk empat penggal berturut-turut.

Pelosi dilantik selepas menerima undian 216 berbalas 208. Lima anggota Demokrat tidak memilih ahli politik veteran itu.

Pelosi, 80, telah menyandang jawatan speaker sejak 2019 dan sebelum itu dari 2007 hingga 2011.

Menurut Pelosi, pentadbiran baharu AS menerima tanggungjawab dalam waktu yang sukar seperti mana kepimpinan terdahulu hadapi.

“Kami memulakan Kongres baharu ketika tempoh yang sukar,” kata Pelosi ketika berucap mengenai peningkatan jumlah kematian akibat Covid-19 di AS.

Tambah Pelosi, bantuan rangsangan Covid-19 seterusnya akan menyusul selepas pakej rangsangan bernilai AS$892 bilion diluluskan oleh Kongres bulan lalu.

Pelosi membabitkan diri dalam dunia politik pada 1976 dan membantu Gabenor California, Jerry Brown untuk menang ketika pilihan raya parti Demokrat.

Beliau kemudiannya menjadi pengerusi parti Demokrat dan memenangi kerusi di Kongres pada 1988.

Di dalam Dewan Perwakilan, Pelosi sering kali memperjuangkan isu perbelanjaan penyelidikan Aids.

Selain itu, beliau juga merupakan pembangkang yang lantang dan berprofil tinggi. Ketika AS menceroboh Iraq pada 2003, Pelosi menentang keras tindakan berkenaan.

Pendirian Pelosi itu menyebabkan Demokrat menguasai majoriti kerusi di Dewan Perwakilan buat kali pertama dalam tempoh 12 tahun pada 2006.

Selepas itu, beliau dilantik oleh Demokrat untuk menjadi Speaker Dewan Perwakilan, sekali gus menjadi wanita pertama yang memegang jawatan tersebut dalam sejarah AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat