Pemain Pasaran Jadikan Tuntutan Pengangguran Indikasi Awal Menjelang NFP!

538

Jumlah rakyat Amerika yang mengemukakan tuntutan baru untuk faedah pengangguran secara tidak dijangka menurun dengan mendadak pada minggu lalu seiring dengan pemulihan pasaran buruh yang didorong oleh aktiviti ekonomi yang rancak dan peningkatan vaksinasi.

Tuntutan awal untuk faedah pengangguran adalah sebanyak 364,000 bagi minggu yang berakhir pada 26 Jun berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja pada hari Khamis.

Bacaan ini menurun berbanding minggu sebelumnya dengan penurunan jumlah tuntutan sebanyak 51,000 dan bacaan minggu lepas juga tersasar dari tinjauan para pelabur yang mensasarkan jumlah tuntutan sebanyak 390,000.

Laporan itu dikeluarkan sehari sebelum data NFP dikeluarkan bagi bulan Jun. Bacaan NFP dijangka akan menunjukkan kenaikan sebanyak 706,000 pertambahan pekerjaan berbanding 559,000 Mei dan penurunan kadar pengangguran menjadi 5.6%.

Data pekerjaan selepas pandemik telah merubah banyak perkara dengan 7 juta orang berhadapan dengan pengangguran. Walaupun terdapat penurunan tuntutan pengangguran mingguan, tahap tuntutan berterusan meningkat kepada 3.47 juta, meningkat 56,000 berbanding minggu sebelumnya.

Disisi lain jumlah mereka yang menerima faedah melalui semua program turun 180,890 menjadi 14.66 juta. Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama lain diniagakan susut kepada 92.343.

Tumpuan pasaran kini tertumpu pada data NFP yang akan dikeluarkan pada hari Jumaat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat