Pembuat iPhone Gantung Operasi Di China Akibat Perintah Berkurung

371

‘Harga iPhone mesti naik lepas ni sebab pengeluaran kurang.’

Firma teknologi China, Pegatron yang merupakan pembekal alat ganti bagi peranti pintar iPhone keluaran Apple terpaksa menghentikan operasi 2 kilangnya ekoran perintah berkurung di Shanghai dalam usaha membendung penyebaran Covid-19.

Pengumuman tersebut telah dibuat sejurus selepas pihak berkuasa Shanghai menguatkuasakan arahan perintah berkurung (lockdown) terhadap bandar dengan kepadatan penduduk seramai 25 juta itu.

Menurut pemfailan Pegatron, 2 kilang operasi tersebut terletak di Shanghai dan Kunshan sebagai tindak balas terhadap keperluan ‘pencegahan Covid-19 daripada kerajaan tempatan’ dan dijangka menyambung operasi secepat yang mungkin apabila mendapat kebenaran.

Selain itu, pengilang MacBook Apple, Quanta dan pembuat iPad, Compal Electronics juga dilaporkan menghentikan operasi buat sementara waktu di China.

Dalam pada itu, penganalisis Wedbush Securities, Dan Ives, lockdown tersebut pasti akan menjejaskan pengeluaran Apple di seluruh dunia.

Terangnya, mereka menjangkakan pengeluaran 3 juta iPhone,2 juta iPad dan 1 juta Macbook akan terjejas setakat bulan ini dan ‘dengan lebih banyak lagi akan datang’ andai keadaan berterusan.

Di samping itu, syarikat Taiwan Foxconn yang memiliki kilang pemasangan iPhone di Shenzhen turut terpaksa menghentikan operasi.

Umumnya, sejak pandemik bermula pada 2019, China telah melaksanakan lockdown sehingga memberi kesan kepada bandar-bandar utama termasuk Xi’an dan Wuhan, selain turut menyebabkan lockdown terbesarnya di Shanghai sehingga melumpuhkan beberapa pusat kewangan penting negara tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat