Pemerintahan AS Hancur Berkecai, Trump Gagal!

1,743

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump gagal mengendalikan pandemik Covid-19 di negara itu, menurut tinjauan terbaharu melibatkan orang ramai yang dijalankan oleh agensi berita Associated Press dan NORC Center for Public Affairs Research di Universiti Chicago.

Menurut laporan agensi berita Xinhua, tinjauan berkenaan menunjukkan sokongan terhadap Trump menurun kepada 32 peratus.

Trump sebelum ini tidak memandang serius terhadap langkah untuk menangani Covid-19 meskipun wabak berkenaan mencatatkan angka membimbangkan di beberapa negeri.

Selepas beberapa kali enggan mengeluarkan arahan memakai pelitup muka di tempat awam, akhirnya Trump mengalah ekoran peningkatan kes di AS.

Memburukkan lagi keadaan, pentadbiran Trump mahu sekolah dibuka semula namun satu pertiga rakyat Amerika menentang idea tersebut manakala separuh daripada tinjauan terbabit mahu arahan itu diubah semula.

Selain itu, 80 peratus tinjauan itu menyatakan AS ‘menuju ke arah yang salah’, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap peluang Trump untuk mengekalkan jawatannya pada pilihan raya akan datang.

Tinjauan itu juga menunjukkan hanya 38 peratus bersetuju ekonomi AS berada dalam keadaan baik. Jumlah itu dilihat rendah berbanding 69 peratus pada Januari lalu.

Dalam pada itu, timbalan pengurus kempen pilihan raya Joe Biden, Kate Bedingfield berkata, orang ramai sudah ‘penat’ dengan kerajaan yang berpecah belah dan gagal melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat.

Tambah Bedingfield, apa yang rakyat AS dapat daripada Trump hanyalah kata-kata kosong berunsur politik yang mementingkan diri sendiri.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat