Pemilikan Kripto Di Rusia Dikira Sebagai Pendapatan Bermula 2021

227

Pegawai awam di Rusia dituntut untuk mengisytiharkan matawang digital sebagai sebahagian daripada pendapat mereka bermula 2021.

Keputusan itu diumumkan oleh pendakwa raya Rusia, Igor Krasnov pada 20 Oktober dalam mesyuarat berkaitan rasuah yang melibatkan 15 pendakwa raya lain dari negara anggota Shanghai Cooperation Organization (SCO) dan negara lain.

SCO merupakan pertubuhan politik bersekutu, ekonomi dan keselamatan yang ditubuhkan pada 2001 dengan persetujuan oleh China, Rusia, Kazakhstan dan Tajikistan, termasuk juga beberapa negara sekutu seperti Iran, Belarus, Kemboja dan Afghanistan.

Keperluan pegawai awam mengisytiharkan matawang kripto sebagai sebahagian pendapatan mereka adalah bertujuan untuk mengawasi kesemua pendapatan golongan tersebut di negara itu.

Pada masa yang sama, di tengah kebimbangan penggunaan matawang kripto dalam penyelewengan minyak, ketua pendakwa raya itu mendedahkan telah merampas lebih daripada $440 juta tunai dari pegawai awam, sejumlah aset yang tidak didedahkan selama tiga tahun baru-baru ini.

Undang-unadang baru yang dikenakan ke atas pegawai awam disusuli dengan pengesahan oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin terhadap  peraturan baru yang membolehkan penggunaan Bitcoin (BTC) tetapi menyekat kripto daripada menjadi tawaran sah, yang mana boleh digunakan untuk membayar barangan dan perkhidmatan.

Undang-undang tersebut, Akta Aset Kewangan Digital dijangka akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2021.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat