Pemimpin Iran – Serangan Peluru Berpandu Hanyalah Peringatan Keras Dan Ia Tidak Mencukupi!

1,583

Baru sahaja dilaporkan bahawa pasaran menganggap bahawa konflik geopolitik antara AS-Iran semakin berkurangan. Namun jangkaan pasaran meleset malah hal yang sebaliknya  berlaku. Pada hari ini Iran telah melancarkan serangan peluru berpandu di dua pengkalan tentara Iraq yang menempatkan tentera Amerika.

Menurut pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei, ini merupakan tamparan terhadap tindakan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat. Tambah Khamenei di laman Twitter, tindakan balas ketenteraan sedemikian tidaklah mencukupi. Ini membawa indikasi kemungkinan terdapat tindakan balas susulan pada masa akan datang.

Bagi Khamenei, kehadiran A.S di Timur Tengah hanyalah membawa keburukan dan dalam masa yang sama beliau menuntut agar tentera A.S meninggalkan wilayah tersebut. Sehingga kini Washington dan Tehran tidak mempunyai hubungan diplomatik sejak tahun 1980 lagi.

Dalam masa satu malam, sejumlah peluru berpandu telah dihantar ke pangkalan Ain al-Asad yang bertempat di wilayah Anbar, Iraq dan pangkalan di Erbil yang terletak di utara Iraq. Pangakalan Al-Asad telah menempat tentera British dan dalam masa yang sama ia merupakan pangkalan kedua terbesar yang menempatkan tentera darat AS.

Iran telah bersumpah akan membalas tindakan AS dan memberi amaran akan menyerang pangkalan tentera AS, fasiliti tenaga yang dibangunkan di wilayah ini dan serangan siber.

Susulan daripada serangan Iran, Presiden Donald Trump telah memberi maklum balas melalui laman Twitter beliau bahawa semuanya baik-baik sahaja. Ini menunjukkan tiada sebarang kerosakan. Walaubagaimanapun Trump mengatakan bahawa beliau akan mengeluarkan kenyataan terperinci.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat