Pemuda 23 Tahun Ini Berjaya Capai Kekayaan Lebih $1 Juta Dolar

1,375

Tim Gritanni merupakan seorang pemuda berusia 23 tahun yang berasal Chicago, Amerika Syarikat. Beliau dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sederhana, bapanya merupakan seorang ahli perniagaan.

Ketika menginjak ke usia remaja, beliau mula mencari jalan untuk mendapatkan lebih banyak wang lalu belajar tentang selok-belok perniagaan. Malangnya, beliau tidak dapat memulakan perniagaan kerana kekurangan modal dan ilmu pengetahuan.

Akan tetapi, Tim tidak berputus asa. Hakikatnya, beliau menyedari bahawa cara terbaik untuk mendalami minatnya tersebut adalah dengan menimba ilmu di sebuah pusat pengajian yang diiktiraf. Oleh yang demikian, Tim menyambung pelajarannya di Marquette University.

Semasa berada di universiti berkenaan, Tim masih mencari jalan pintas untuk menghasilkan wang. Salah satu inisiatif yang ditemuinya adalah melalui perjudian. Sehubungan dengan itu, beliau mula belajar tentang semua bentuk perjudian hingga menyebabkan dirinya menjadi ketagih.

Melalui sebuah pertaruhan, beliau sangat bernasib baik dan memperolehi untung sebanyak $9,000. Namun begitu, keuntungannya tersebut tidak bertahan lama. Hal ini demikian kerana beliau telah kehilangan kesemua wang berkenaan pada tahun berikutnya kerana telah kalah dalam sebuah pertaruhan.

Ketika itu, Tim mula sedar bahawa beliau mesti berhenti berjudi dan fokus kepada pembelajarannya yang berkait rapat dengan kedua-dua minatnya iaitu kewangan dan perniagaan.

Seterusnya, beliau menyuarakan hasratnya untuk menubuhkan sebuah perniagaan kepada salah seorang rakannya. Rakannya itu memperkenalkan sebuah blog yang mendedahkan tentang selok-belok perniagaan, Quick Sprout. Jadi, beliau mula membaca setiap post di blog tersebut dan berharap agar dapat mempelajari tentang perniagaan dengan lebih mendalam serta dapat menemui beberapa orang melalui komuniti Quick Sprout untuk menjalinkan kerjasama.

Setahun berlalu, Tim terbaca sebuah post di blog berkenaan tentang salah seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Timothy Sykes. Dengan keghairahan untuk mendalami minatnya dan menghasilkan wang, beliau melayari sebuah laman web milik ahli perniagaan berkenaan.

Berdasarkan laman web itu, beliau didedahkan tentang program Millionaire Challenge, yang menyediakan medium pembelajaran buat orang ramai dalam urusniaga saham penny dengan harga di bawah 1 dolar. Program tersebut telah berjaya menarik minat Tim lalu beliau membuat keputusan untuk menyertainya.

Beberapa bulan kemudian, Tim memutuskan untuk melabur. Namun, wang yang dimilikinya tidak cukup untuk membuka sebuah akaun pembrokeran yang memerlukan sekurang-kurangnya $12,500. Tanpa kenal erti putus asa, beliau meminjam sejumlah wang daripada keluarga dan rakan-rakannya.

Malangnya, Tim telah dikenakan syarat yang melarang beliau untuk menggunakan wang pinjaman tersebut untuk melabur. Tetapi, semangatnya untuk melabur tidak pernah padam. Berbekalkan modal sebanyak $1,500 beliau mula membeli saham penny yang bersesuaian.

Dalam tempoh 6 bulan, beliau telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak lebih $40,000. Selain itu, beliau juga berjaya untung sebanyak $11,000 hanya dalam 15 minit! Hebat!

Pada tahun berikutnya, Tim berjaya mencatat keuntungan sebanyak $250,000!

Kini, kekayaan yang dimiliki oleh Tim Gritanni adalah lebih $1 juta dolar! Baru berusia 23 tahun, tapi sudah bergelar jutawan!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat