Pemulihan US Dolar Disokong Oleh Respon Sederhana White House

52

US dolar pulih dari kejatuhan ke paras terendah hampir lima bulan lalu pada Rabu apabila kebimbangan pelabur terhadap krisis geopolitik Korea Utara semakin reda yang melonjakkan pula citarasa kepada risiko (risk-appetite) pemain pasaran.

Yen dan Swiss franc yang secara tradisinya mengukuh apabila berlakunya ketidaktentuan politik dan pasaran, melonjak pada Selasa di mana Swissy mencapai paras tertinggi dua tahun lalu berbanding  US dolar.

Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandu yang terbang melepasi Jepun dan menyebabkan aliran masuk ke safe-haven seterusnya menjadikan hasil-bon US jatuh dan membawa indeks US dolar ke paras terendah dua setengah tahun lalu.

Indeks yang mengukur kekuatan matawang greenback ini naik 0.20% setakat pukul 5 petang Rabu, di mana pemulihan matawang US dolar ini bermula sejak beberapa jam pembukaan pasaran US pada Selasa. Hal ini dibantu oleh indeks keyakinan pengguna yang mencapai paras tertinggi lima bulan lalu, di mana harga rumah juga meningkat berdasarkan data yang dikeluarkan semalam.

Walaupun dengan amaran Donald Trump semalam, ia dilihat lebih sederhana berbanding situasi sebelum ini di mana beliau dan Jong-Un berbalas ancaman.

“Selain daripada Presiden merespon menggunakan Twitternya yang banyak terjadi sebelum ini, kini White House yang mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan Korea Utara itu,” kata penganalisis di ironFX Charalambos Pissouros.

“Ini mungkin dilihat oleh pelabur sebagai isyarat bahawa US menggunakan pendekatan yang lebih diplomatik, berbanding sebelum ini.”

Dengan risiko Korea Utara yang masih menyelubungi pasaran, pengukuhan US dolar daripada paras terendah Selasa mungkin akan menyokong greenback dalam masa terdekat, kata Andrew Bresler timbalan ketua jualan dagangan di Saxo Singapura.

“Kami masih berhati-hati dengan risiko ini,” kata beliau.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat