Penamat Minggu Yang Indah? Harapan Pelabur Mungkin Lebur

172

Momentum penurunan di bursa tempatan berterusan dengan sentimen berhati-hati kekal berlegar dalam ketidaktentuan pasaran global.

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bermula 5.37 mata pada 1,461.76 sebelum turun 7.82 mata pada 1,459.31 berbanding penutupan Khamis pada 1,467.13.

Di pasaran meluas, kerugian pada 328 atasi keuntungan pada 80, manakala 217 kaunter pula tidak berubah, 1,649 tidak didagangkan dan 48 digantung.

Jumlah perolehan pada 274.10 juta unit bernilai RM102.06 juta.

Ulas Rakuten Trade Sdn Bhd, kebimbangan kemelesetan baru mempengaruhi penurunan di Wall Street yang seterusnya melimpah ke pasaran ekuiti tempatan.

Rentetan itu, indeks KLCI dijangka berlegar pada paras 1,465-1,480 dan terdapat kemungkinan aktiviti bargain-hunting muncul.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank dan Petronas Chemicals Group Bhd turun 4 sen pada RM8.66 dan RM8.42, Public Bank Bhd serta Tenaga Nasional Bhd (TNB) jatuh 3 sen pada RM4.35 dan RM9.18 sementara CIMB Group Holdings Bhd tambah 1 sen pada RM5.76.

Saham aktif memperlihatkan Avillion Bhd dan Synergy Bhd naik 0.5 sen pada 8.5 sen dan 19.5 sen sementara Ta Win Holdings Bhd kekal pada 6 sen, NWP Holdings Bhd tidak berubah pada 20.5 sen dan Borneo Oil Bhd mendatar pada 2.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas susut 58.46 mata pada 10,492.44, indeks FBMT 100 turun 55.93 mata pada 10,194.98, indeks FBM Emas Shariah junam 65.70 mata pada 10,604.08, FBM 70 hilang 75.47 mata pada 12,847.20 dan FBM ACE kuncup 46.59 mata pada 5,425.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan turun 74.17 mata pada 16,461.33, indeks Perladangan hilang 26.65 mata pada 6,677.76, indeks Produk serta Perkhidmatan susut 0.97 mata pada 180.05 dan indeks Tenaga jatuh 8.15 mata pada 786.45.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat