Penangan Amukan US Dolar, GBP/USD Junam 250 Pips!

219

Pound disokong oleh sentimen positif pada terbitan laporan data pekerjaan UK di sesi Eropah semalam menyaksikan tumpuan pada penurunan kadar pengangguran dari 3.8% kepada 3.6% di bulan Ogos.

Namun, prestasi Pound dikecundangkan oleh amukan US dolar di sesi New York ketika pelabur menghadam data indeks harga pengguna Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan menunjukkan inflasi yang masih kukuh berbanding jangkaan penurunan.

Ini telah mendorong lonjakan drastik pada nilai US dolar semalam dengan pelabur kembali yakin untuk Federal Reserve (Fed) meneruskan kenaikan kadar faedah yang agresif untuk mesyuarat FOMC minggu hadapan.

Pelabur turut akan berwaspada terhadap terbitan data inflasi UK pada sesi Eropah sebentar lagi yang berkemungkinan boleh memberi impak terhadap pergerakan harga.

Pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga telah pamerkan penurunan harian sekitar 250 pips dengan penurunan bermula dari paras ketinggian sekitar 1.17400 sehingga 1.15000 di penghujung sesi New York.

Harga berlegar perlahan di sekitar tersebut sehingga bersambung pada dagangan sesi Asia pagi Rabu ini.

Pelabur akan menilai kecederungan untuk harga menyambung penurunan lebih rendah lagi hari ini setelah isyarat bearish harga yang susut melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD.

Jika penurunan diteruskan, zon support pada 1.14500-1.14000 bakal menjadi tumpuan untuk diuji semula selepas penurunan harga minggu lalu ke zon tersebut merekodkan paras terendah sejak dagangan tahun 1985.

Untuk penurunan lebih rendah jika dilanjutkan melepasi zon penting itu, sasaran seterusnya harga adalah untuk menuju pula sekitar 1.13000 atau 1.12000.

Sebaliknya jika Pound berjaya menyerap tekanan dan pulih semula untuk meningkat dalam pasaran, harga berpotensi untuk kembali membuat kenaikan semula dengan rintangan awal pada 1.16000 akna menjadi tumpuan.

Kenaikan lebih tinggi bakal mencapai kembali paras ketinggian dicapai semalam jika berlaku isyarat perubahan trend harga semula.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat