Penangan Data CPI, EUR/USD Junam 100 Pips Sebelum Pacak Balik 170 Pips!

207

Kesan terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York semalam telah menyaksikan pergerakan volatile buat mata wang US dolar dengan reaksi bercampur oleh pasaran.

Secara keseluruhan, inflasi di AS masih di paras yang tinggi dengan bacaan bulanan indeks harga pengguna (CPI) pada September meningkat mengatasi jangkaan dan bulan sebelumnya.

Namun, jika diteliti, bacaan asas tahunan yang meningkat kepada 8.2% mengatasi jangkaan 8.1% walau bagaimanapun masih menunjukkan penurunan dari paras 8.3% sebelum ini.

Justeru, US dolar dilihat mengukuh pada awal terbitan data tersebut, namun kembali menyaksikan penyusutan lebih ketara semula menuju penghujung sesi New York.

Dapat dilihat pergerakan menarik berlaku pada carta pasangan mata wang EUR/USD semalam di mana harga pada awalnya menjunam lebih 100 pips ketika reaksi awal terhadap data inflasi tersebut mencecah ke paras terendah baru sekitar 0.96300.

Namun, harga kemudiannya melonjak semula sekitar 170 pips mencapai paras ketinggian 0.98000 yang merupakan zon rintangan tumpuan buat harga.

Lonjakan harga tersebut juga memberi isyarat perubahan trend bullish selepas melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD dan turut mengatasi ketinggian dicapai pada Selasa lalu.

Pergerakan harga mula perlahan pada penutup sesi New York dan bersambung pada awal sesi Asia pagi Jumaat ini, harga masih berlegar di sekitar zon rintangan 0.98000.

Jika corak lonjakan semalam masih diteruskan, harga bakal meneruskan kenaikan lebih tinggi dengan sasaran seterusnya adalah pada 0.99000.

Selanjutnya, zon pariti pada 1.0000 akan kembali menjadi tumpuan harga semula jika US dolar kekal bergerak lemah dalam pasaran.

Namun, pelabur tetap perlu berwaspada untuk jangkaan pengukuhan semula US dolar ekoran faktor-faktor yang masih menyokong mata wang itu seperti sentimen pasaran yang masih berisiko.

Jika penurunan harga berlaku semula, zon 0.97000 berkemungkinan akan menjadi tumpuan awal untuk diuji semula sebelum harga bakal mencabar paras terendah dicecah semalam.

Penurunan lanjut harga akan kembali mensasarkan zon support 0.955000 yang dicecah pada penghujung September lalu untuk rekod terendah terbaru 20 tahun.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat