Penangan NFP, GBP/USD Pamer Lonjakan 100 Pips!

705

Isyarat positif pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dipamerkan pada Jumaat sebelum penutup dagangan minggu lalu.

Selepas meneruskan siri penurunan harga 2 minggu berturut-turut, lonjakan semula harga susulan reaksi pasaran terhadap laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) memberi isyarat awal untuk perubahan trend harga.

Bacaan laporan yang bercampur dengan pertambahan pekerjaan yang positif sementara kadar pengangguran pula merosot menyaksikan kejatuhan nilai US dolar. Peningkatan pasaran saham AS dan kejatuhan hasil bon AS turut mendorong penurunan susulan US dolar.

Ini memberi idea penyusutan ketara US dolar akan membendung Pound Sterling daripada terus merosot walaupun masih dibelenggu sentimen yang berisiko untuk ekonomi UK.

Jika dilihat pada carta GBP/USD, harga telah susut mencecah paras terendah minggu lalu sekitar 1.37300 sebelum lonjakan lebih 100 pips melepasi semula zon harga 1.38000 yang menjadi paras support sebelumnya.

Penganalisis ingin melihat sama ada kenaikan harga berjaya diteruskan pada minggu ini melepasi zon 1.3800-1.38300 yang akan memberi isyarat lebih jelas trend bullish selepas harga telah pun melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Kenaikan lebih tinggi bakal dijangkakan untuk menguji zon rintangan pada 1.39000-1.39200 sebelum menuju semula zon SBR (support become resistance) tumpuan pada 1.40000.

Namun, jika harga kembali membuat penurunan semula menyambung trend bearish minggu sebelum ini, sasaran adalah untuk harga menuju zon support pada 1.37000 mengatasi paras terendah dicecah minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat