Penangan Shiba Inu Belum Pudar – Diam-Diam ‘Whales’ Borong SHIB!

1,116

Keruntuhan pasaran tempoh hari telah menjejaskan hampir kesemua matawang kripto termasuk matawang kripto jenis meme. Malah ia dilihat paling terjajas baru-baru ini. Waima begitu, kelompok paus Ethereum (ETH) terbesar telah mengambil kesempatan ini sebagai satu peluang untuk menambah pegangan. Dalam rangkaian pilihan tersedia, Shiba Inu (SHIB) telah muncul sebagai pilihan utama kelompok ‘Whales’.

Shiba Inu mula menjadi terkenal pada tahun lepas kerana lonjakan harga yang mendadak, namun pada tahun ini, prestasinya dilihat mengecewakan. Sebelum ini, token SHIB yang dinobatkan sebagai kripto paling dicari pada tahun 2021 berbanding Bitcoin (BTC). Harga Shiba Inu didagangkan turun lebih 52% sepanjang 60 hari lalu. Sementara itu, kelompok Whales meneruskan pengumpulannya.

Menurut WhaleStats, Shiba Inu telah menjadi pegangan terbesar bagi 500 paus ETH teratas. SHIB telah berjaya memintas kripto FTX (FTT) dalam jumlah pegangan yang dipegang oleh ‘Whales’ ETH.

Terdahulu, Whalestats melaporkan bahawa 100 dompet ETH teratas memegang sekitar $573 juta token Shiba Inu. Data menunjukkan bahawa pegangan SHIB telah meningkat hampir $259 juta dalam masa yang singkat. Sehingga kini, 100 dompet teratas memegang token SHIB bernilai lebih $833 juta bersama mereka.

Harga token SHIB turun sebanyak 6% dalam tempoh 24 jam yang lalu. Ia didagangkan pada harga purata $0.000012 ketika penulisan. Penurunan harga baharu Shiba Inu mewajarkan pergerakan pengumpulan pukal ikan paus. Sementara itu, ia masih merupakan kripto meme kedua terbesar dengan jumlah pasaran melebihi $6.4 bilion.

Perkembangan terbaru projek Shiba Inu ialah pengumuman pembangunan Metaverse pada tahun ini. Pasukan SHIB mengumumkan bahawa mereka telah menambah Marcie Jastrow dalam pasukan mereka. Beliau menjadi tunggak harapan kerana mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam industri hiburan dan mengetuai pasukan Immersive untuk Technicolor.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat