Pendapat Terkini Presiden Federal Reserve US

51

Presiden The Fed cawangan St Louis (Fed Bullard) berkata pada Jumaat bahawa data ekonomi sejak akhir-akhir ini lemah dengan bacaan inflasi di bawah jangkaan dan juga pertumbuhan pekerjaan yang perlahan.

Tambahnya, kejatuhan dalam hasil bon jangka panjang dan juga jangkaan inflasi selepas kenaikan kadar pada Mac menunjukkan bahawa The Fed bergerak terlalu pantas dalam menaikkan kadar faedah.

Beliau juga memberi komen bahawa tiada bukti bahawa pengangguran rendah telah meningkatkan risiko kepada kenaikan kadar faedah.

Bullard sebenarnya adalah seorang ahli The Fed yang ‘dovish‘ sejak beberapa tahun lalu di mana sebelum ini beliau hanya menjangka satu kenaikan kadar tahun ini. Dalam konteks ini, komen ‘dovish‘ dari beliau bukanlah mengejutkan.

Pasaran akan terus memberi perhatian kepada komen-komen dari ahli The Fed khususnya yang mengundi dalam FOMC bagi mendapatkan isyarat penetapan kadar pada Jun.

Satu lagi komen dari Presiden The Fed cawangan San Francisco John Williams berkata masa depan ekonomi US adalah dalam sektor perkhidmatan dan bukan sektor pembuatan.

“Ketika ini ekonomi US dalam keadaan baik,” kata Williams di Sekolah Tinggi El Camino, di mana kadar pengangguran US di paras 4.4%

Bagi pertumbuhan di masa hadapan, ekonomi akan bergantung kepada sektor perkhidmatan bukan pembuatan. “Tetapi ada idea yang mengatakan kita perlu mencari pekerjaan semula ke dalam sektor pembuatan,” tambahnya, pekerjaan dalam perkhidmatan kesihatan dan pendidikan adalah di mana negara US paling berjaya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat