Pendapatan Individu Terkaya Malaysia Merosot Akibat COVID-19!

706

Sehingga kini, isu coronavirus atau lebih dikenali sebagai COVID-19 semakin memburuk serta turut mempengaruhi ekonomi dunia. Oleh yang demikian, kebanyakan negara mengambil langkah berjaga-jaga dan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi dalam menangani isu tersebut.

Tahukah anda bahawa wabak yang kian menular ini juga mempengaruhi pendapatan individu terkaya Malaysia?

Menurut Senarai Individu Paling Kaya Forbes Malaysia 2020 yang dikemukakan oleh Forbes Asia, pendapatan 50 individu terkaya Malaysia dikhabarkan telah merosot 2 tahun berturut-turut. Hal ini demikian kerana nilai ringgit yang diniagakan rendah dan susut 10% dalam indeks saham penanda aras negara.

Pendapatan mereka didakwa jatuh sebanyak 7% iaitu berjumlah RM329 bilion.

Untuk pengetahuan semua, Tan Sri Robert Kuok masih menjuarai senarai tersebut selama 2 tahun, mencatatkan kekayaan sebanyak RM47.9 bilion iaitu merosot sebanyak lebih $1 bilion dolar. Manakala di kedudukan yang kedua, Tan Sri Quek Leng Chan dengan jumlah pendapatan sebanyak RM40.4 bilion dengan peningkatan sebanyak $300 juta dolar.

Seterusnya, Tan Sri Ananda Krishnan pula berada di tempat ketiga dengan jumlah pendapatan sebanyak RM24.6 bilion serta merekodkan penurunan sebanyak $300 juta dollar.

Lebih mengejutkan ialah Tan Sri Dr Teh Hong Piow yang merupakan jutawan dalam industri perbankan dikatakan paling terkesan. Beliau adalah pengasas Public Bank mengalami kemerosotan kekayaan apabila berhadapan dengan cabaran dalam industri berkenaan hingga jatuh ke kedudukan kelima.

Di samping itu, kekayaannya telah merekodkan penurunan sebanyak RM7.7 bilion gara-gara saham bank miliknya jatuh 30%.

Bukan itu sahaja, 2 figura terkaya ini turut terjejas iaitu Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun dengan 1 per 3 hasil pendapatan mereka jatuh kepada RM1.4 bilion dan RM1.31 bilion.

Sedangkan individu terkaya juga terkesan akibat virus merbahaya itu, inikan pula rakyat biasa!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat