Pendapatan Keuntungan Bersih Syarikat Dorong Saham Plenitude Melonjak 16%

137

Saham Plenitude Bhd pamer peningkatan drastik pada sesi dagangan di Bursa Malaysia hari ini sejurus syarikat umum keputusan kewangan yang kukuh pada suku kedua berakhir 30 Jun 2021.

Pada 3.33 petang, harga saham Plenitude melonjak 16% kepada RM1.16 selepas mencapai paras RM1.25 pada sebelum itu yang terakhir kali dicatatkan pada Januari 2020.

Setakat ini, syarikat itu telah memperoleh permodalan pasaran bernilai RM446.39 juta.

Plenitude telah merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM8.15 juta berbanding kerugian bersih RM2.57 juta yang dicapai pada tempoh yang sama tahun lalu.

Pendapatan syarikat juga mencatat kenaikan agresif yang mana ia telah meningkat hampir enam kali ganda kepada RM71.2 juta daripada RM12.1 juta.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, lonjakan itu dipacu oleh penjualan harta tanah dan sumbangan yang lebih tinggi daripada pembangunan harta tanah yang berterusan di Johor, Selangor dan Kedah.

Prestasi cemerlang pemerolehan syarikat dipengaruhi oleh penyelesaian awal terhadap penjualan dan pembelian oleh pembeli sebelum Kempen Pemilikan Rumah kerajaan yang berakhir pada 31 Mei.

Selain itu, operasi hotel juga mencatatkan hasil RM4.9 juta namun ia jauh menyusut sebanyak RM17.1 daripada penghasilan yang diperoleh pada tahun sebelumnya sekitar RM22 juta.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat