Pendapatan Meningkat Namun Harga Saham Pharmaniaga Kekal Susut, Apa Sudah Jadi?

1,034

Saham Pharmaniaga dilihat mengalami penyusutan pada sesi dagangan di Bursa Malaysia hari ini meskipun pendapatan syarikat pada suku kedua pamer peningkatan.

Pada 10.20 pagi, harga saham Pharmaniaga jatuh satu sen kepada 91.5 sen dengan sebanyak 6.31 juta unit diniagakan.

Pharmaniaga menyatakan bahawa keuntungan bersih pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2021 telah meraih kenaikan sebanyak RM13.7 juta daripada yang dicatatkan tahun lalu pada RM9.98 juta.

Pendapatan syarikat meningkat 82% dari tahun ke tahun [yoy] menjadi RM1.2 bilion yang dipengaruhi oleh permintaan yang tinggi dari pelbagai segmen termasuk dari perniagaan di Indonesia.

Syarikat farmaseutikal terkemuka itu juga mengatakan peningkatan ketara dalam perniagaan bukan konsesi telah dipacu oleh penjualan vaksin Sinovac Covid-19 kepada Kementerian Kesihatan (KKM).

Namun demikian, Pharmaniaga terus berkeyakinan bahawa ia sedang berada di posisi yang terbaik untuk memanfaatkan peluang yang semakin meningkat dari sektor penjagaan kesihatan.

Selain itu, MIDF Research juga menekankan bahawa kemampuan Pharmaniaga untuk terus membuat vaksin telah memberi kelebihan dan kemampuan untuk kumpulan itu terus memberikan vaksin kepada kerajaan persekutuan dan negeri serta kepada sektor swasta.

Hal itu serba sedikit telah mendorong MIDF Research untuk mengekalkan saranan membeli untuk saham Pharmaniaga dengan sasaran harga (TP) tidak berubah pada 98 sen.

Menilai kepada catatan penyelidikan MIDF Research, kadar keuntungan Pharmaniaga bagi separuh pertama yang berakhir pada 30 Jun 2021 mencatat kenaikan 13.8% kepada RM3.68 juta.

Manakala pendapatan syarikat melonjak 34.5% menjadi RM1.97 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat