Pendapatan Pelaburan Q1 KWSP Susut 17% Pada RM15.58 Bilion

481

‘Penurunan yang agak banyak disebabkan kejatuhan nilai ekuiti dunia.’

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melaporkan pendapatan pelaburan kasar bagi suku pertama (Q1) yang berakhir 31 Mac 2022 menyusut 17.83% pada RM15.85 bilion berbanding RM19.29 bilion tahun sebelum.

Pengecutan tersebut adalah disebabkan berlakunya penurunan besar dalam pasaran seluruh dunia dan disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Ulas beliau bahawa KWSP mencatat pengukuhan pada permulaan suku pertama 2022, namun pasaran perlahan-lahan turun angkara beberapa faktor sehingga menyebabkan pulangan rendah dalam bon dan ekuiti.

Antara faktor yang digariskan oleh beliau adalah ketegangan geopolitik Rusia-Ukraine, pertumbuhan inflasi dan kenaikan kadar faedah.

Suka dimaklumkan bahawa perolehan yang dijana ekuiti merupakan penyumbang pendapatan utama kepada KWSP.

Melihat kepada buku kira-kira KWSP, ekuiti menyumbang RM10.46 bilion yang mewakili 66% jumlah pendapatan pelaburan kasar syarikat pada suku tersebut.

Daripada nilai tersebut, pendapatan pelaburan bersih mencatat RM9.37 bilion dan baki RM1.09 bilion telah telah dikurangkan (written down) untuk mencapai jumlah pendapatan pelaburan bersih Q1 2022 pada MR14.76 bilion.

Nota kaki, written down merupakan polisi yang dipakai KWSP atas pelaburan ekuiti tersenarai sebagai langkah untuk memastikan portfolio kekal baik.

Dalam pada itu, instrumen pendapatan tetap yang merangkumi Sekuriti Kerajaan Malaysia serta pinjaman dan bon menyumbang pendapatan tetap RM4.75 bilion iaitu lebih tinggi dari RM3.89 bilion tahun lalu.

Bagi suku mendatang, KWSP dilihat akan mengambil sikap berhati-hati dalam mengemudi risiko penurunan yang diapit masalah pasca wabak, kesan perang, inflasi, gangguan rantaian bekalan dan pengetatan dasar monetari.

Akan tetapi Datuk Seri Amir kekal optimis dengan prospek pertumbuhan Malaysia berikutan pembukaan semula sektor ekonomi dan sosial.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat