Pendirian Berubah, Donald Trump Bagi Orang Bayar Guna BTC!

354

“Bekas presiden AS makin berminat dengan BTC, biar betul? Ini petanda agak positif kan?”

Semasa temu bual bersama CNBC, bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tampaknya mengubah pendiriannya terhadap Bitcoin (BTC) susulan berkata mata wang kripto tersebut memiliki banyak penggunaannya.

Terdahulu pada tahun 2021, Trump yang melabelkan BTC sebagai penipuan telah berpandangan aset digital itu akan mengancam dolar AS sebagai mata wang rizab dunia tetapi kini beliau kadang-kadang membiarkan orang bayar melalui BTC.

Suka dimaklumkan MAGACoin (TRUMP) melihat kenaikan ketara apabila harganya mencanak hampir 26% pada hari Isnin semalam di tengah-tengah peserta pasaran kripto membuat spekulasi berhubung kemenangan Presiden AS ke-45 dalam perlumbaan 2024.

Memang tidak dinafikan jangkaan kemenangan Trump dalam perlumbaan Presiden 2024 telah melahirkan beberapa memecoin dalam ekosistem Solana (SOL), tetapi ia mungkin berisiko tinggi jika pelabur tidak berhati-hati untuk melakukan usaha wajarnya sebelum melabur.

Di luar urus niaga orang dalam, tiada siapa yang memiliki kelebihan dan influencer tidak menasihatkan untuk melabur sejumlah besar modal ke dalam memecoin seperti TREMP, ulas trader kripto dipanggil DK.

Pulangan DK pada WHOREN, TREMP, HBODEN dan DREM menghasilkan pulangan lebih tinggi daripada aset digital lain dalam portfolionya dalam tempoh tiga hari lalu sementara pilihan raya AS 2024 telah bertukar jadi kelas naratif tersendiri di kalangan memecoin.

Perlu diketahui juga memecoin yang mempunyai modal pasaran kecil misalnya WHOREN, TREMP, DREM atau TRUMP memerlukan usaha wajar dan pelaburannya boleh mengakibatkan kerugian jika projek itu menghadapi rug pull.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat