Penerus El-Salvador, Negara Ini Akan Jadikan BTC Sebagai Matawang Sah Negara?

867

Berdasarkan kemas kini terkini daripada pihak berkuasa Zimbabwe, terdapat pengesahan bahawa kerajaan negara Zimbabwe sedang berunding dengan pasaran swasta untuk mengimplimentasikan perkhidmatan pembayaran kripto secara sah.

Berita tempatan melaporkan bahawa Setiausaha Tetap dan Ketua Unit Teknologi e-kerajaan di Pejabat Presiden, Charles Wekwete memaklumkan bahwa pihak berkuasa sedang menjalani perbincangan dengan sektor swasta dalam bagaimana untuk merealisasikan perlaksanaan pembayaran kripto dalam ekonomi nyata.

Disebalik keterujaan untuk mengimplimentasikan hal tersebut, Wekwete menyatakan bahawa terdapat kelemahan dalam bidang terdesentralisasi antaranya, pergerakan rentas sempadan yang tidak berdaftar, pengeksportan dana, pengubahan wang haram, dan aliran dana haram untuk membiayai lagi aktiviti haram atau jenayah.

Atas dasar itu, pihak berkuasa berhasrat untuk menggubal dasar yang dapat melindungi pengguna serta memudahkan masa depan monetari untuk negara Zimbabwe. Setakat ini beberapa sektor ekonomi telah dipanggil untuk memberi pandangan sebelum membuat apa-apa perubahan radikal.

Menurut Wekwete, “Kerajaan masih cuba memahami dan menggubal dasar untuk menanganinya. Kami masih mengkajinya kerana ia berlawanan dengan sistem kewangan yang diamalkan dunia sekarang dan dalam masa yang sama terdapat banyak kebimbangan mengenai pergerakan rentas sempadan dana, pengubahan wang haram, pengeksportan dana dan aliran dana yang tidak sah.

Kejayaan dan langkah berani dari El Salvador telah ‘menjentik’ beberapa negara untuk mempertimbangkan untuk menjadikan Bitcoin sebagai legal tender. Di tambah pula, baru-baru ini Presiden Salvador, Nayib Bukele menyatakan bahawa keuntungan daripada pembelian Bitcoin dapat membiayai 20 buah sekolah dan sebuah hospital di negara mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat