Penetapan Bajet EU Tergendala Disebabkan Negara “Frugal Four”? Ini Ulasan Para Pemimpin!

265

Pada hari Khamis semalam, negara-negara Kesatuan Eropah telah membincangkan mengenai bajet belanjawan Kesatuan Eropah, namun tidak semua negara setuju dengan pandangan yang diutarakan. Pada hari ini negara EU yang dikenali sebagai Frugal Four iaitu Denmark, Austria, Sweden dan Belanda telah mengutarakan pandangan dengan menegaskan bahawa mereka tidak boleh berikan melebihi 1% daripada pengeluaran ekonomi.

Jangkaan untuk mengharungi halangan ini dilihat rendah apabila 27 pemimpin negara EU tidak dapat mencapai kata sepakat dan perbincangan diteruskan semula pada hari ini. Keputusan pengagihan bajet antara negara-negara berpendapatan tinggi dan berpendapatan rendah belum dapat ditetapkan.

Menurut Menteri Denmark, Mette Frederiksen, “Saya tidak fikir kita akan mencapai persetujuan”. Klaus Iohannis, yang merupakan Presiden Romania berkata sidang kemuncak pemimpin EU diperlukan bagi memecahkan kebuntuan ini. Perdana Menteri Czech, Andrej Babis pula menyatakan kekecewaan bahawa hal ini bertambah sukar jika keempat-empat yang dikenal frugal four ini masih bertegas dengan pendapat mereka.

Disisi lain, segelintir negara EU menuntut pembiayaan tambahan bagi mencapai matlamat baru dalam menghadapi perubahan iklim dan pengurusan migrasi. Manakala segelintir lain mahukan tumpuan diberikan kepada pembangunan dan bantuan perladangan.

Pengunduran UK daripada EU telah menyebabkan EU telah kekurangan belanjawan fiskal sebanyak hampir 75 bilion euro. Frugal Four yang merupakan antara penyumbang bersih terbanyak blok itu mengehendaki had bayaran sebanyak 1% dan enggan membayar lebih untuk menampung kerugian Britain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat