Penetapan Kadar RBA: Bank Pusat Mengekalkan Kadar di Paras 1.50%,

36

Bank pusat Australia (Reserve Bank of Australia, RBA) mengekalkan penetapan kadarnya di paras terendah pada Selasa dalam usaha pegawai RBA mengekalkan polisi akomodasi bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan inflasi.

Dalam undian oleh pegawai-pegawai RBA yang tidak didedahkan, mereka sepakat mengekalkan kadar di paras 1.50% yang dikekalkan sejak Ogos 2016. Kadar ini telah dikekalkan sejak sembilan mesyuarat yang lalu.

Dari tinjauan Bloomberg terhadap 24 penganalisis ekonomi, kesemuanya berpendapat kadar akan dikekalkan hari ini.

Bank pusat menyatakan “keadaan dalam pasaran perumahan berubah dengan agak ketara di seluruh negara,” tetapi kenaikan harga yang mendadak di bandar besar telah menunjukkan trend yang semakin perlahan.

“Dalam pasaran yang lain, harga semakin merosot. Di bandar besar bahagian timur, tambahan jumlah pangsapuri dijadualkan akan meningkat selepas beberapa tahun,” kata bank pusat dalam kenyataannya.

Mesyuarat seterusnya bagi RBA dijadualkan pada 4 Julai.

Lonjakan harga rumah dan peningkatan hutang isirumah adalah risiko ekonomi yang dinyatakan oleh bank pusat sebelum ini. Peningkatan harga perumahan begitu dramatik di beberapa bandar utama dengan Sydney dan Melbourne dua bandar yang mencatat kenaikan harga tertinggi.

RBA mengumumkan Keluaran Dalam Negara Kasar, KDNK (GDP) akan dikeluarkan pada Rabu. Ekonomi Australia dijangka merekodkan pertumbuhan 0.3% pada suku pertama dan 1.6% secara tahunan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat