Penganalisis Beri Amaran – Pasaran Belum Bersedia Berhadapan Kejatuhan Inflasi?

614

Profesor kewangan Wharton, Jeremy Siegel, yang sering terkenal dengan ramalan beliau terhadap pasarannya menzahirkan kerisauan mengenai kemampuan pasaran untuk mengatasi inflasi.

Dalam temubual beliau bersama CNBC, secara ringkasnya beliau mengatakan bahawa A.S bakal berhadapan beberapa masalah pada masa akan datang. Inflasi, secara umum, akan menjadi masalah yang jauh lebih besar daripada yang dipercayai oleh the Fed.

Siegel memberi amaran bahawa terdapat risiko serius yang berkaitan dengan kenaikan harga. Dalam masa yang sama terdapat tekanan pada the Fed untuk mempercepatkan proses tapering dan beliau secara peribadi berpandangan bahawa pasaran belum sedia untuk tapering.

Menurut Siegel, ancaman terbesar yang dihadapi Wall Street adalah pengerusi the Fed, Jerome Powell menjarakkan diri dari dasar monetari mudah lebih cepat dari jangkaan berikutan lonjakan inflasi. Dengan ini dapat dijangkakan bahawa kenaikan kadar faedah mungkin berlaku lebih cepat. Kedua-dua perkara ini tidak positif untuk pasaran ekuiti.

Pemain pasaran pula dilihat cenderung beralih ke bitcoin dan cenderung mengabaikan emas. Namun Siegel tidak berpendapat ini adalah satu gelembung. Sebilangan pemain pasaran telah menjangkakan sebilangan inflasi dan terdapat kecenderung kadar gadai janji untuk meningkat lebih tinggi.

Tumpuan pasaran adalah tertumpu lebih banyak indikasi dari the Fed mengenai inflasi dan ‘tapering’.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat