Penganalisis Kekal Saranan ‘Overweight’ Bagi Sektor Ini

207

PublicInvest Research mengekalkan saranan ‘overweight’ ke atas sektor minyak dan gas dengan jangkaan harga minyak boleh melonjak ke paras AS$80 setong, didorong oleh permintaan dan penawaran minyak global yang semakin meningkat.

Ujar firma berkenaan, dalam tempoh 12 bulan yang lepas, harga minyak naik melepasi 70%, daripada sekitar AS$40 setong pada pertengahan Jun tahun lalu kepada lebih daripada AS$70 setong, dirangsang oleh optimisme terhadap pelonggaran sekatan COVID-19 untuk beberapa ekonomi terbesar di dunia.

Firma penyelidikan itu turut berpendapat tindak balas sepi oleh pengeluar ‘shale’ juga menyebabkan kenaikan harga selain pengurangan pengeluaran secara agresif oleh Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) yang menyaksikan penurunan inventori minyak global yang lebih cepat.

Berdasarkan kepada kedinamikan sektor semasa, ia menjangkakan harga purata minyak sekitar AS$70- $75 setong untuk tahun ini.

“Melihat kepada harga ini, kami percaya ia cukup menarik bagi para penggiat minyak utama meningkatkan perbelanjaan sejajar dengan pemulihan ekonomi global yang progresif dan pengurangan kes COVID-19.

“Ini sememangnya positif bagi penyedia perkhidmatan minyak dan gas walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 mungkin menimbulkan beberapa cabaran jangka pendek dari segi pelaksanaan projek,” jelasnya seperti dilaporkan oleh Bernama.

Firma penyelidikan itu turut berpendapat permintaan untuk minyak semakin baik dengan pemulihan dijangkakan pada 2022, terutamanya apabila kebanyakan penerbangan jarak jauh yang menggunakan lebih banyak bahan bakar beroperasi semula.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat