Penganalisis ‘Positif’ Tentang Sektor Ini

183

Maybank Investment Bank (Maybank IB) Research mengekalkan saranan ‘positif’ ke atas sektor perladangan serantau berdasarkan jangkaan bahawa peningkatan harga minyak sawit mentah (MSM) melebihi paras RM3,000 dalam masa terdekat.

Memetik pandangan Presiden Apical Group, Datuk Yeo How, Maybank IB Research berkata, harga MSM dijangka kekal positif berikutan keadaan bekalan global yang terhad selain jangkaan pemulihan pengeluaran minyak sawit pada separuh kedua tahun ini yang sukar direalisasikan.

Maybank IB Research sebelum ini menganjurkan sesi prospek harga komoditi itu dengan How bagi mendapatkan pandangan beliau.

Walaupun tidak menyatakan harga sasaran secara khusus, namun How berpendapat harga MSM tidak mungkin di bawah paras RM3,000 satu tan pada masa terdekat, malah ia sedang menjejaki petunjuk harga minyak saingan.

“Bagi minyak sawit, beliau percaya stok simpanan Malaysia tidak akan melebihi 1.8 juta tan menjelang akhir tahun ini,” jelasnya seperti dilaporkan oleh Bernama.

Tambah Maybank IB Research, How juga berpendapat bahawa pasaran tidak akan menyaksikan pemulihan minyak sawit lebih kukuh pada separuh kedua tahun ini sebagaimana diunjurkan sebelum ini, berikutan faktor hujan lebat sejak setahun lepas.

Menurutnya, ini juga sebahagian besarnya disebabkan oleh pekebun kecil yang kurang melakukan usaha pembajaan sejak 2018.

Maybank IB Research berkata, secara keseluruhannya, aspek dinamik penawaran dan permintaan turut menyokong harga bagi 2022.

“Namun, kebimbangan beliau adalah dari segi ketidaktentuan cuaca serta dasar kerajaan,” ujarnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat