Penganalisis Saran ‘Beli’ Saham Ini

6,571

RHB Research telah menaikkan saranan ke atas saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada ‘beli’ daripada ‘neutral’ dengan harga sasaran yang lebih tinggi iaitu RM6.56 berbanding RM4.90 sebelumnya.

“Kami percaya MAHB akan mendapat manfaat daripada penurunan signifikan kes Covid-19 di dalam dan luar negara kerana kesan vaksin akan menjadi nyata dalam tempoh 12 bulan akan datang,” kata firma berkenaan dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Tambah firma tersebut seperti dilaporkan oleh Bernama, MAHB mencatatkan jumlah tempahan penumpang yang rendah pada Januari dan oleh itu, RHB Research mengunjurkan MAHB akan merekodkan kerugian bersih dalam suku keempat 2020.

“Kami menjangkakan MAHB akan mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM439 juta pada suku keempat 2020. Bagaimanapun, kami percaya para pelabur perlu melihat melangkaui kelemahan pendapatan dalam jangka pendek berikutan pemulihan diunjurkan berlaku pada suku keempat 2021 dan tahun kewangan 2022.

“Kami turut mengandaikan jumlah penumpang yang tinggi untuk tahun kewangan 2022 untuk kedua-dua operasi di Malaysia dan Turki dengan tiada perubahan ke atas keuntungan bersih tahun kewangan 2020 dan 2021,” tambahnya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat