Penganalisis Unjur EUR/USD Teruskan Kenaikan Walaupun Harga Susut Ke Paras $1.1800

482

Dagangan sesi Asia dan Eropah pada Selasa semalam menyaksikan US dolar terus bergerak lemah jatuh ke paras terendah 3 minggu dipengaruhi oleh kenyataan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell berkenaan dasar bank pusat pada perhimpunan tahunan Jackson Hole tempoh hari.

Namun pada sesi New York semalam, US dolar dilihat kembali catatkan pengukuhan semula. Adakah ini petanda untuk kebangkitan semula US dolar menuju penghujung minggu?

Penganalisis pasaran tidak melihat situasi tersebut sebagai perkara luar biasa. Namun hanya sekadar aktiviti pengambilan keuntungan (profit taking) oleh para pelabur pada penutup dagangan bagi bulan Ogos.

US dolar masih terus dijangkakan untuk bergerak lemah sementara pelabur juga akan berwaspada menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.

Menjadi carta tumpuan utama, pasangan mata wang EUR/USD dilihat melonjak sehingga bersambung ke sesi Eropah semalam untuk mencatatkan paras tertinggi 4 minggu mencapai ketinggian sekitar 1.18450.

Namun awal sesi New York bermula kembali menyaksikan harga membuat terjunan semula ke paras 1.18000.

Penganalisis pasaran melihat paras 1.18000 sebagai zon RBS (resistance become support) di mana menjadi zon penting untuk menyokong kenaikan harga semula pada pergerakan trend bullish.

Kenaikan lebih tinggi harga dijangkakan untuk melepasi ketinggian dicapai semalam sebelum meneruskan kenaikan menuju zon rintangan terbaru pada 1.19000.

Sebaliknya jika zon RBS 1.18000 gagal membendung kejatuhan lebih rendah harga, penurunan awal dilihat akan menguji paras sekitar 1.17500 sebelum ke paras sokongan 1.17000.

Data sektor ekonomi zon Eropah akan turut diberi perhatian oleh pelabur pada sesi Eropah sebentar lagi yang boleh mempengaruhi pergerakan mata wang Euro dalam pasaran.

Sementara pada sesi New York pula, tumpuan terarah pada laporan ADP NFP AS untuk pekerjaan sektor swasta dan juga data PMI pembuatan AS tinjauan ISM yang akan memacu US dolar.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat