Pengasas Cardano Tepis Kritikan Jack Dorsey Terhadap Proof-of-Stake

254

Pencipta Cardano, Charles Hoskinson menggesa bekas Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Jack Dorsey agar tidak menyulitkan protokol proof-of-stake.

Menurut Hoskinson, siaran Substack yang dilancarkan pada profilnya akan menjadikan Bitcoin (BTC) maximalist percaya bahawa blockchain Cardano akan mempunyai pemotongan yang akan menghalang seseorang individu daripada berkelakuan jahat.

Dijelaskan, keupayaan menggunakan penalti ekonomi kepada 51% dipercayai merupakan salah satu faedah utama mekanisme konsensus proof-of-stake, namun penyokong BTC berpandangan sistem insentif negatif ini sebagai kelemahan utama.

Diingatkan juga proof-of-stake Cardano tidak memerlukan pemotongan kerana blockchain mempunyai skim perkongsian unik yang memberi insentif kepada pemegang saham untuk bertindak secara rasional.

Selain itu, pengedaran bekalan ADA kepada pemegang melalui dinamik pasaran bebas meningkatkan desentralisasi blockchain serta mengelak daripada diserang.

Hal ini kerana, penyerang Cardano bukan sahaja perlu memegang majoriti semua token yang dipertaruhkan untuk menguasai konsensus rangkaian, bahkan ia memerlukan kos yang tinggi.

Jika pengendali pool menjadi penjahat, perwakilan akan meninggalkannya termasuklah memastikan pool tersebut tidak akan dipilih untuk membuat blok baharu.

Justifikasinya, penipu akan mengalami kerugian kewangan, itulah sebabnya tindakan pemotongan tidak akan dapat menghalang serangan sedemikian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat