Instagram co-founder Kevin Systrom addresses a press conference in New York, December 12, 2013. Instragram unveiled Instagram Direct, its own messaging system that will allow users to send photos directly to their friends through the service. AFP PHOTO/Emmanuel Dunand (Photo credit should read EMMANUEL DUNAND/AFP/Getty Images)
Pengasas Instagram meninggalkan Facebook Inc selepas ketegangan yang berlaku antara beliau dengan Ketua Pegawai Eksekutif Mark Zuckerberg berkaitan halatuju produk. Hal ini dinyatakan sendiri oleh sumber yang boleh dipercayai, lapor Bloomberg.
Kevin Systrom dan Mike Krieger yang telah bersama syarikat sejak sebelum Instagram bergabung dengan Facebook pada 2012 kecewa dengan penglibatan Zuckerberg yang dianggap lebih banyak menggunakan Instagram untuk perkembangan Facebook.
Untuk pengetahuan anda, Instagram dilancarkan pada 6 Oktober 2010 oleh Systrom dan Krieger.
Kedua-dua mereka membina Instagram dan merupakan pengasas sebenar sebelum menjualnya kepada Facebook pada harga US$1 billion enam tahun yang lalu. Instagram yang kini mempunyai satu billion pengguna adalah faktor utama yang menyumbang pendapatan kepada Facebook.
Standard Chartered, sebuah bank British, mengumumkan pada hari Selasa rancangan untuk memansuhkan ribuan jawatan menjelang 2030. Langkah ini didorong oleh...
Kerajaan melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menetapkan dua syarat baharu bagi pengimportan kenderaan elektrik (EV) dalam bentuk Completely...
Langkah agresif sedang digerakkan dalam dunia korporat apabila Ketua GameStop, Ryan Cohen dilaporkan merancang pengambilalihan penuh ke atas eBay dalam...