Pengasas Telegram Terima Sumbangan Berbilion Kripto Ini, Bakal HODL Hingga 100x!

1,591

“Pergh ramai juga yang nak bagi sumbangan token NOT, kalau korang sanggup ke?”

Menjelang pelancaran Notcoin (NOT) pada Khamis minggu ini, lebih setengah juta pemain game clicker berasaskan Telegram menyumbangkan sebahagian daripada coins dalam game mereka kepada pengasas Telegram Pavel Durov.

Susulan memegang 1% daripada TON disebabkan sumbangan oleh 552,000 pemain yang berterima kasih kepada Durov bagi aplikasi pemesejannya yang menempatkan game kripto, beliau menegaskan tidak akan menjualnya selagi keuntungan tidak mencecah 100x.

Suka dimaklumkan Durov memiliki lebih 1.03 bilion NOT bernilai $7.3 juta daripada jumlah bekalannya di The Open Network (TON) dan beliau juga dianggarkan mempunyai kekayaan agak banyak iaitu sekitar $15.5 bilion.

Tambahnya lagi, beliau akan memegang TON sehingga keuntungannya menjadi sebanyak $680 juta kemudian menggunakannya bagi membeli lebih banyak servers untuk menyokong Telegram dengan lebih baik.

Umum mengetahui NOT ialah kripto paling bernilai ke-101 mengikut modal pasaran bernilai $746 juta yang memperoleh lebih daripada $1 bilion jumlah dagangan dalam masa 24 jam pertama sejurus selepas pelancarannya.

Memang tidak dinafikan NOT telah menangguhkan gameplay coin-tapping bagi persediaan pelancaran token, tetapi ia bakal melancarkan semula game crypto-earning mereka yang akhirnya akan berfungsi sebagai platform untuk game tambahan.

Sehingga berita ini ditulis, harga NOT masih menjunam 11.18% pada paras $0.0054 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $561 juta kemudian mencatatkan penyusutan 62.17% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat