Pengasas Tron – Justin Sun Akhirnya Bersara. Bagaimana Dengan Nasib TRX?

1,123

Pengasas TRON (TRX), Justin Sun mengumumkan persaraannya selepas menerima jemputan perlantikan sebagai duta Grenada.

Khabar tersebut dimuatnaik menerusi akaun Twitter baharunya pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, prestasi TRX kecundang sehingga 8% selepas pengumuman tersebut. Begitu juga dengan JUST (JST) susut lebih 3% dan BitTorrent (BTT) pula susut lebih 2%.

Menurut Sun lagi, dia bukan meninggalkan TRON sebaliknya hanya tidak lagi aktif sebagai CEO TRON dan akan tetap berhubung dengan komuniti itu untuk perkembangan blockchain yang lebih maju.

Kurang daripada setengah jam kemudian, Sun memaklumkan bahawa rangkaian Tron telah memasuki era baharu dengan fungsi desentralisasi sepenuhnya.

Difahamkan tiga nod asal: “justinsuntron”, “BitTorrent”, dan “µTorrent” telah dinyahkan dari Tron dan rangkaian ini dijalankan oleh 27 nod yang diselia komunitinya.

Ketika penulisan, BTT susut lebih 4% dalam 24 jam dan sedang didagangkan pada $0.002594. Manakala JST (-4.41%) dan TRX (-4%) mencatatkan nilai dagangan $0.05431 dan $0.07823.

Memandangkan sudah jadi duta Grenada, harap-harap Sun tidak lupa yang dia masih ‘bertanggungjawab’ majukan seluruh ekosistem Tron.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat