Pengawal Selia China Minta Syarikat Tersenarai Di AS Buat Pendedahan Audit

4,019

‘Macam ada benda besar bakal berlaku je nanti.’

Syarikat-syarikat milik China yang tersenarai di bursa Amerika Syarikat (AS) telah diminta oleh pengawal selia kerajaan untuk menyediakan pendedahan audit, ekoran Beijing sedang menambah usaha untuk memastikan syarikat-syarikat domestik kekal dalam penyenaraian.

Menurut sumber, pengawal selia China sedang mempertimbangkan cadangan bagi membenarkan rakan sejawatnya di AS untuk membuat pemeriksaan kertas kerja audit syarikat-syarikat China yang tidak melakukan pengumpulan data sensitif sebelum ini.

Ekoran daripada itu, China Securities Regulatory Commission (CSRC) serta beberapa agensi pengawal selia lain telah menyeru syarikat-syarikat gergasi internet untuk menyediakan dokumen audit bagi tahun kewangan 2021 yang menepati permintaan pengawal selia AS.

Antara syarikat-syarikat China yang terlibat adalah:

  • Syarikat enjin pencarian Baidu Inc.
  • Gergasi e-dagang JD.com.
  • Syarikat e-runcit Pinduoduo Inc.
  • Syarikat permainan NetEase Inc
  • Alibaba Group dan Weibo Corp.

Setakat ini tiada sebarang kenyataan lanjut yang telah dikeluarkan oleh syarikat-syarikat tersebut.

Dalam pada itu, usaha pengawal selia China tersebut menunjukkan kesediaannya dalam membuat beberapa konsesi bagi menyelesaikan kebuntuan audit China-AS, yang telah menyebabkan ratusan bilion dolar pelaburan AS dalam syarikat China terganggu.

Berkait dengan perkara itu, pihak berkuasa AS boleh bertindak dengan menyahsenarai syarikat-syarikat China dari bursa AS, andai rekod audit tersebut tidak tersedia untuk pemeriksaan dalam masa 3 hari.

Sebagai rekod, Securities Exchange Commission (SEC) AS telah mengenal pasti sebanyak 273 syarikat China yang berisiko untuk penyahsenaraian di bawah akta Holding Foreign Companies Accountable Act (HFCAA).

Antara syarikat milik China yang dikenal pasti adalah operator KFC, Yum China Holdings dan firma biotek, BeiGene Ltd.

CSRC menyatakan tindakan SEC itu adalah ‘prosedur biasa’ dan menzahirkan keyakinan bahawa akan tercapai persetujuan diantara rakan sejawat di AS dalam menyelesaikan pertikaian tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat