Pengeksportan Daging Pacukan Harga Maker (MKR), Meroket Lebih 55%

342

Disebalik penyusutan nilai stablecoin TerraUSD (UST), Maker (MKR) membuat lantunan harga selepas susut dari nilai tertinggi harian, $2,297 pada 11 Mei.

Ketika penulisan, MKR didagangkan pada $1,595, melonjak lebih 55% dalam 24 jam dan lebih 17% sejak minggu lalu.

Apa yang berlaku?

  • Pada Rabu, syarikat kripto; ConsolFreight membiayai penghantaran daging lembu dari Brisbane ke Hong Kong untuk syarikat bekalan Australia, FreshSupplyCo (FSCO).
  • ConsolFreight telah menggunakan protokol Centrifuge di Ethereum untuk membiayai penghantaran tersebut.
  • Centrifuge kemudian mengesahkan syarat untuk pemprosesan pembayaran telah dipenuhi.
  • ConsolFreight kemudian menghasilkan NFT dan DAI menggunakan Maker Vault bersama salinan data invois komersial menggunakan Centrifuge untuk membuat pembayaran.
  • Pengeksport daging lembu itu telah menyerahkan segala dokumen diperlukan kepada FCO menggunakan penjejak berasaskan blockchain, Mastercard Provenance yang juga boleh memantau status penghantaran tersebut.
  • MKR terus melonjak selepas ConsolFreight transaksi bermula.

Transaksi telah dilaksanakan dengan bantuan penyelesaian kewangan perdagangan (TradFi) dan kewangan desentralisasi (DeFi).

Kehadiran kewangan perdagangan (TradFi) dan kewangan desentralisasi (DeFi) dalam kerjasama ini membuktikan kripto menjaminkan masa depan kewangan dunia.

Pada masa yang sama, lonjakan MKR berkemungkinan ada kaitan dengan stablecoin, DAI.

Untuk rekod, MKR merupakan token tadbir MakerDAO dan Maker Protocol yang menawarkan peluang kepada penggunanya untuk mengundi keputusan penghasilan, dan pengurusan DAI.

Bagaimanapun jangan salah faham.

Hubungan MKR dan DAI jauh berbeza dengan hubungan Terra (LUNA) dan USD Terra (UST).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat