Pengeluaran BTC Mengalir Deras, Harga Tersembam Semula!

404

“Cuba pelabur rilek sikit, janganlah asyik-asyik nak takut je bila ada masalah datang.”

Sejurus selepas memulih di atas $66,000, harga Bitcoin (BTC) merudum semula di bawah $64,000 apabila produk pelaburan mata wang kripto institusi melihat jumlah aliran keluar $126 juta sepanjang tujuh hari lalu.

Rentetan itu, para pelabur semakin bersikap ragu-ragu susulan momentum positif telah hilang biarpun terdapat aliran masuk $520 juta ke dalam dana kripto di mana lebih 99% daripada itu masuk ke dalam BTC.

Namun perlu diketahui terdapat jualan besar di tengah-tengah ketegangan geopolitik dan ketidaktentuan sekitar pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) untuk Jun 2024 susulan institusi mengeluarkan hampir $82 juta daripada spot BTC ETF antara 8 April serta 12 April 2024.

Menerusi pemerhatian, Australia, Brazil dan Jerman masing-masing telah menunjukkan aliran masuk $1.6 juta, $3 juta serta $28.6 juta sementara aliran keluar serantau terbesar datang dari Amerika Syarikat (AS) iaitu $145 juta.

Menurut penganalisis CryptoQuant, terdapat kebarangkalian tinggi untuk lebih banyak correction harga dilakukan BTC yang disokong oleh beberapa faktor, antaranya adalah purata kadar pendanaan 30 hari, rintangan daripada ATH dan persediaan pasaran yang membenarkan pemain besar menyertainya.

Pengeluaran terkini dalam harga BTC berlaku selepas Hong Kong jadi negara kedua yang meluluskan spot BTC ETF, tetapi negara Asia tersebut tidak melancarkan ETF seperti dijangkakan oleh kebanyakan peserta pasaran kripto.

Jadi di sini dapat dilihat pengurangan sentimen pelabur di sekitar spot BTC ETF di Hong Kong ditambah pula terdapat ketegangan geopolitik di Timur Tengah mungkin akan menarik harga BTC untuk jatuh lebih rendah sehingga acara halving berlaku.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 3.03% pada paras $63,570 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion seterusnya mencatatkan penurunan 10.51% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat