Penggunaan Teknologi Blockchain Semakin Merebak, Kini Giliran Samsung

1,076

Penggunaan terknologi blockchain semakin mendapat perhatian dan mula merebak ke seluruh dunia. Baru-baru ini Samsung, yang merupakan syarikat pengeluar terbesar telefon pintar dan semikonduktur mula ingin menggunakan teknologi blockchain.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan pada hari ini, Isnin, Samsung sedang mempertimbangkan teknologi blockchain bagi menguruskan pengeluaran produk mereka. Samsung memliki jaringan seluruh dunia dan banyak syarikat subsidari. Dalam masa yang sama, setiap hari, produk akan dikirim ke seluruh dunia dalam kuantiti yang banyak. Syarikat dianggarkan terpaksa mengendalikan 488,000 tan kargo udara dan 1 juta 20-kaki (TEU) unit penghantaran pada tahun ini.

Laporan ini merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Song Kwang Woo, pengurus blockchain di Samsung SDS yang merupakan jabatan logistik, informasi dan teknologi.

Objektif utama Samsung ialah untuk mencari teknologi yang dapat menjana keefisienan dan pengurangan kos sebanyak 20%, menurut SDS. Pakar industri penghataran mengatakan teknologi blockchain dapat mengurangkan masa untuk menghantar kertas kerja dan mengkoordinasikan dengan lebih cepat.

Menurut Song, blockchain telah menjadi perhatian Samsung sejak tahun lepas berikutan kepopularan bitcoin. Banyak pakar teknologi yang berpendapat bahawah teknologi blockchain merupakan inovasi terhebat selepas kewujudan internet.

Gartner Inc, meramalkan bisnes-bisnes blockchain akan mencapai jumlah nilai sebanyak US$176 billion pada tahun 2025.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat