Penghantaran Bijirin Pertama Ukraine Ditolak Pembeli, Apa Yang Berlaku?

11,508

Kapal pertama yang dibenarkan keluar untuk penghantaran bijirin dari Ukraine perlu mencari pembeli baharu selepas Lubnan menolak untuk menerimanya, menurut kedutaan Ukraine di Lubnan.

Dalam satu tweet yang dibuat kedutaan itu pada Isnin, pembeli di Lubnan enggan menerima kargo kerana kelewatan tempoh penghantaran lebih daripada 5 bulan, menyebabkan penghantar perlu mencari pembeli lain.

Kapal kargo Razoni adalah kapal pertama yang berlayar awal bulan ini di bawah perjanjian tajaan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Turki dengan memberikan laluan selamat untuk masuk dan keluar dari pelabuhan Ukraine di wilayah Odesa.

Umum mengetahui bahawa harga makanan global telah melonjak tinggi sejak pencerobohan Rusia yang menyebabkan banyak negara yang bergantung kepada bijirin dari Ukraine terjejas.

Razoni membawa kira-kira 26,000 tan jagung dan kini berada di Mediterranean berhampiran pantai Turki, menurut data perkapalan.

Setakat ini, 10 kapal telah berlepas dari tiga pelabuhan Laut Hitam Ukraine di bawah perjanjian Laut Hitam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat