Pengharaman Pernebitan ICO Di Korea Selatan Akan Dihapuskan?

406

Pada 29 Mei, sebuah laporan mengatakan bahawa Korea Selatan merancang untuk membenarkan kembali penerbitan initial coin offerings (ICOs).

Berdasrkan Business Korea, sebuah komuniti kebangsaan telah mendedikasikan penyeledikan terhadap revolusi industri ke-4, hasil daripada hal tersebut mereka akan cuba mencari jalan untuk meningkatkan lagi keupayaan matawang crypto dalam negara. Hal ini mungkin akan membawakan kepada penarikan pengharaman ICO oleh kerajaan pada September 2017.

Menurut komuniti tersebut, mereka perlu membentuk pasukan termassuk pakar-pakar bagi meningkatkan ketelusan dalam perdagangan matawang crypto dan menyediakan suasana perdagangan yang sihat. Ini akan menjadi sebuah desakan kepada kerajaan.

Keputusan Seoul untuk mengharamkan ICO telah membawa kepada kriktan oleh masayarakat. Kegagalan kerajaan untuk menghadirkan garis panduan untuk ICO menyebabkan syarikat domestik blockchain beralih ke Singapura dan Switzerland.

Pada ketika ini, harga bitcoin telah kembali pulih daripada kejatuhan iaitu meningkat 5.68% kepada $7,535.21.

Ethereum juga menunjukkan peningkatan kejatuhan besar iaitu naik 9.94% kepada $576.13.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat