Pengiring Elit Disahkan Positif COVID-19, Trump Terdedah Dengan Jangkitan?

715

Situasi terkini wabak pandemik coronavirus atau lebih dikenali sebagai COVID-19 di seluruh dunia semakin membimbangkan apabila hampir 4 juta penduduk telah dijangkiti dan mencatatkan sebanyak lebih 270,000 angka kematian. Sehingga ke hari ini, Amerika Syarikat kekal menjadi negara nombor 1 yang paling terjejas akibat virus berbahaya itu dengan mencatatkan hampir 1.3 juta kes dengan jumlah kematian lebih 76,000.

Apa yang lebih mengejutkan ialah salah seorang pengiring elit Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah disahkan positif COVID-19. Oleh itu, terdapat kemungkinan yang besar bahawa presiden tersebut juga bakal dijangkiti kerana mempunyai kontak rapat dengan pengiringnya itu. Selain itu, pengiring tersebut didakwa sentiasa berada dekat dengan presiden itu termasuk keluarganya. Berikutan dengan khabar tersebut, Trump jelas menzahirkan kekecewaannya.

Lebih menguatkan kesahihan berita itu, setiausaha akhbar White House, iaitu Hogan Gidley sendiri telah mengeluarkan kenyataan seorang anggota tentera Amerika Syarikat yang bertugas di White House telah disahkan positif COVID-19.

Walau bagaimanapun, presiden dan wakil presiden telah disahkan bebas daripada jangkitan wabak berkenaan setelah menjalani ujian serta kedua-duanya berada dalam keadaan sihat.

Selain itu, beberapa kontak rapat dan petugas di situ juga kini terpaksa menjalani ujian saringan, termasuk Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence serta kakitangan kanan yang mempunyai kontak rapat dengan presiden turut menjalani ujian yang sama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat