Penglibatan PayPal Dalam Industri Crypto Bakal Mengubah Corak Pembayaran?

436

PayPal sedang memberi tumpuan pada projek peningkatan kelajuan sistem pembayaran matawang crypto.

PayPal telah menfailkan paten berkenaan ”Pencepatan Sistem Transaksi Matawang Digital”. Konsep yang yang diketengahkan oleh Paypal ialah untuk mengurangkan masa yang diambil semasa melakukan transaksi antara pengguna dan penjual.

Hal ini dapat dilakukan dengan menghindarkan proses penghantran transaksi dan mengurangkan masa yang diambil untuk dimasukkan ke dalam blok seterusnya pada rangkaian.

Justeru, Paypal telah mencadangkan suatu cara untuk membuat hal tersebut dapat di realisasikan iaitu dengan mencipta wallet kedua disertai ”private keys” yang unik untuk pengguna dan penjual. Sistem tersebut akan menghantar kunci peribadi berdasarkan jumlah matawang crypto yang digunakan.

Perkara yang dilakukan PayPal ini patut diberi perhatian kerana sejak tahun 2014 PayPal telah mengumumkan kerjasama dengan beberapa syarikat yang mengendalikan sistem pembayaran dalam bentuk bitcoin.

Dalam masa yang sama co-founder Peter Thiel juga dilaporkan telah melabur ke dalam bitcoin dengan jumlah yang besar melalui Founders Fund.

Harga bitcoin kini berada pada paras harga $7,714.72 seunit.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat