Pengukuhan Data Ekonomi Mendorong Bursa-Bursa Saham Meningkat Pada Awal Sesi Dagangan

83

Saham Asia dibuka pada paras tertinggi tahun 2007, didorong oleh data pertumbuhan ekonomi US yang kukuh. Namun ekonomi US masihi dihimpit dengan isu inflasi.

Pasaran saham Wall Street dan Eropah ditutup kukuh berikutan data ekonomi beberapa negara yang positif. Tambahan pula, harga minyak mencapai paras tertinggi 2 tahun lalu.

Indeks ASX 200, Australia naik sebanyak 0.5%, disokong oleh kenaikan harga saham sektor telekomunikasi, emas dan sumber semulajadi.

Indeks Nikkei 225, Jepun naik 0.41% ke sehingga peningkatan 0.61%, dan melonjak naik kepada 3% pada sesi perdagangan semalam. Bursa saham dibuka pada paras tertinggi 26 tahun.

Indeks Kospi, Korea Selatan dibuka kukuh 0.46% pada sesi dagangan Asia.

Bursa saham Malaysia meneruskan peningkatan apabila indkes komposit dibuka kukuh berikutan sentimen pasaran yang bullish.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat