Pengukuhan Dolar Terhalang Dengan Spekulasi Pengganti Yellen

82

Dolar mengundur daripada paras ketinggian 1 tahun setengah lalu berbanding matawang lain semalam, berikutan data ekonomi US yang kuat ditekan spekulasi nada kurang hawkish calon pilihan Presiden Trump yang bakal menggantikan Janet Yellen tidak lama lagi.

Pergerakan dolar US terhad selepas setiausaha perbendaharaan US, Steven Munich dilihat lebih memihak kepada Gabenor Fed, Jerome Powell berbanding bekas gabenor Kevin Warsh

Kedua-dua mereka ini merupakan calon penting bagi menggantikan Yellen yang bakal melepaskan jawatannya pada Februari depan. Dan Powell dinilai lebih dovish berbanding Warsh, dan beliau pernah mengkritik program pembelian bon oleh Fed suatu ketika dahulu.

Dolar sebelum ini meningkat dengan spekulasi bahawa Warsh akan menjadi calon utama menggantikan Yellen.

Indeks dolar US yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain susut kepada 93.42 pada jam 10.10 pagi selepas berjaya mencecah paras 93.92 (paras tertinggi sejak 1 tahun 1/2 lepas) pada hari Selasa lalu.

Antara faktor lain yang menyokong pengukuhan dolar beberapa minggu lalu adalah jangkaan kadar faedah dinaikkan pada Disember yang semakin meningkat dan harapan pemotongan cukai Amerika Syarikat.

Pengukuhan dolar berbanding yen juga terhenti apabila dolar US dilihat tidak berjaya menolak yen melepasi paras resistance sekitar 113.25 yen pada minggu lalu.

USD/JPY kini susut 0.2% kepada 112.64 yen.

Yen masih terikat dengan ketidaktentuan politik di Jepun dengan Shinzo Abe dilihat akan menghadapi sedikit cabaran untuk menang dalam pilihan raya pada 22 Oktober nanti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat