Pengukuhan Matawang Lain Terus Menghumban US Dolar Jatuh Pada Sesi Asia

74

Dolar lemah berbanding yen di awal sesi dagangan Asia hari Khamis dengan USD/JPY susut 0.28%  ke paras 113.42 setakat jam 9.30 pagi.

Matawang Aussie pula jatuh mendadak pada pasaran yang lalu dengan AUD/USD susut 70 pip berbanding, AUD/JPY turun 100 pip, GBP/AUD naik 300 pip dan EUR/AUD melonjak 210 pip.

Walau bagaimanapun, Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain tidak termasuk Aussie telah jatuh menjunam pada sesi yang lalu sebanyak 0.32% kepada 93.53, ditekan oleh pengukuhan Euro dan Pound.

Sektor Perumahan Amerika semalam mengeluarkan laporan jualan rumah baru yang lebih tinggi daripada jangkaan, menghampiri paras tertinggi 10 tahun lalu. Namun data yang positif ini tidak mampu melawan pengukuhan Pound yang didorong oleh pertumbuhan pesat ekonomi UK berdasarkan bacaan awal GDP pada suku tahun ketiga.

Jabatan Perdagangan US semalam melaporkan peningkatan dalam tempahan barangan tahan lama, naik 2.2% melebihi jangkaan 1.0%. Penghantaran barangan tidak termasuk kapal terbang dan alatan ketenteraan meningkat 10.6% bagi bulan September dalam unjuran tahun ke tahun. Angka ini akan dimasukkan ke dalam GDP suku tahun ketiga yang bakal dikeluarkan pada hari Jumaat.

Antara faktor yang membantu peningkatan tempahan barangan tahan lama ini adalah permintaan terhadap alat komunikasi, barangan elektornik, logam fabrikasi dan kapal terbang komersial.

Antara yang menyokong sentimen US dolar adalah jangkaan pengganti pengerusi Fed yang baru iaitu John Taylor yang dilihat lebih hawkish atau kurang dovish berbanding Yellen. Melalui pendekatan rule-based Taylor dalam dasar monetari berdasarkan pertumbuhan inflasi dan ekonomi, kadar faedah perlu ditingkatkan daripada paras yang ada ketika ini.

Dengan hawkish Fed dan data ekonomi yang bullis masih gagal membantu dolar mengukuh berbanding pound dan euro. GBP/USD tutup di paras $1.3273, naik hampir 140 pip atau 1.04%, didorong oleh bacaan GDP UK suku tahun ketiga yang meningkat melebihi jangkaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat