Pengumuman Mengejut Nvidia Buatkan Wall Street Bergolak

653

‘Kesan boleh dirasai merentasi pasaran, andai benar keputusan tersebut maka syarikat mungkin perlu mengkaji semula perniagaan.’

Gergasi pembuat cip, Nvidia Corp memberi gambaran penurunan pendapatan sebanyak 19% bagi suku ke-2 tahun ini ekoran pertumbuhan perlahan dalam perniagaan permainannya.

Rentetan itu, saham syarikat yang didagangkan pada Wall Street susut 8% semasa sesi penutupan dan secara tidak langsung melemahkan beberapa indeks.

Pengumuman tersebut dibuat Nvidia sebelum terbitan laporan pendapatan sebenar yang dijadualkan pada 24 Ogos.

Menerusinya, syarikat mengunjurkan pendapatan suku ke-2 (Q2) naik $6.7 bilion daripada $6.5 bilion namun penganalisis pula meramalkan Nvidia mampu mencapai $8.1 bilion.

Selain itu, Nvidia meramalkan hasil bagi unit permainannya termasuk jualan kad grafik untuk komputer merosot 44% daripada suku sebelumnya pada $2.04 bilion.

Menyingkap unjuran tersebut ia adalah selari dengan laporan pembuat cip lain seperti Intel Corp, Qualcomm dan Sony Group yang meramalkan penurunan jualan ekoran kebimbangan permintaan bagi komputer dan telefon.

Umumnya, industri permainan yang dianggap ‘lali’ kemelesetan dilihat mulai lemah apabila pengguna menimbang pembelian barangan sampingan seperti konsol permainan.

Tidak dilupakan juga isu rantaian bekalan yang bertambah teruk menjelang tempoh cuti ekoran konflik Rusia-Ukraine dan sekatan Covid-19 China memgeruhkan lagi keadaan.

Atas sebab itu juga penganalisis JP Morgan, Sandeep Deshpande meramalkan kesan buruknya boleh merebak ke pasaran kripto memandangkan Nvidia turut mengeluarkan cip bagi tujuan perlombongan (mining).

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat