Pengumuman Terkini Binance Ini Akhirnya Buatkan Kegusaran Pemegang Dogecoin Berakhir!

4,353

Pada hari ini, Binance melaporkan bahawa mereka telah menyambung semula perkhidmatan deposit dan pengeluaran Dogecoin (DOGE) selepas membekukan fungsi tersebut berikutan terdapat isu dalam kemaskini. Pepijat yang terdapat dalam kemas kini terbaru berkaitan dompet Dogecoin Binance yang menyebabkan transaksi berusia setahun diproses dimana sebelum ini berada dalam sistem. Turut berlaku beberapa masalah lain disebabkan hal ini.

Binance telah mengeluarkan rincian mengenai isu di laman sesawang mereka dengan menyifatkan ia satu insiden yang ‘malang tidak berbau’. Waima ia satu insiden tidak diingini namun ia hanya menjejaskan Binance.

Isu menjadi semakin panas apabila beberapa pengguna Binance mula mengadu bahawa mereka menerima e-mail daripada Binance yang meminta mereka memulangkan DOGE yang tidak terdapat dalam akaun mereka. Isu bertambah buruk dan kontroversi apabila Elon Musk mula mengkritik Binance dalam isu mengendalikan pelanggan yang memiliki Dogecoin di Binance dan mendakwa bahawa pengguna tidak sepatutnya menerima akibat kerana kesalahan platform pertukaran.

Changpeng Zhao, Ketua Pegawai Eksekutif Binance disisi lain tidak berdiam diri dengan membidas kenyataan Elon Musk dengan mengkritik kecacatan yang ditemui dalam sistem Tesla sehingga menyebabkan penarikan balik beribu-ribu kereta.

Binance dalam memberi penjelasan menyatakan bahawa pihak telah membangun dompet Dogecoin yang baharu bagi menyelesaikan isu dan menekankan bahawa insiden ini adalah satu perkara luar jangkaan.

Setakat ini uji cuba telah mula dilakukan seawal hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat