Pengurus Tesla Singapura Jadi Mangsa Pertama Dipecat Elon Musk!

21,842

‘Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba hujan datang melanda.’

Seminggu selepas ‘ugutan‘ Elon Musk tentang pemecatan pekerjanya, pengurus Tesla cawangan Singapura telah diberhentikan semalam.

Umum mengetahui bahawa Musk sebelum ini merancang untuk mengurangkan sekurang-kurangnya 10% tenaga kerja Tesla Inc, ekoran tekanan inflasi yang menyebabkan prestasi syarikat kereta elektrik (EV) tersebut merudum sejak kebelakangan ini.

Rentetan itu, Christopher Bousigues yang bertugas sebagai pengurus kilang Tesla di Singapura telah menjadi ‘mangsa’ pertama rancangan pemecatan Musk itu.

Bousigues menerusi satu perkongsian di laman LinkedIn peribadinya memberitahu bahawa jawatan yang dipegang selama setahun telah ‘ditamatkan’.

Tidak dapat dipastikan alasan lain atas pemecatan tersebut namun jelas Bousigues, beliau dan pasukannnya telah ‘membina perniagaan di Singapura dari bawah’.

Antara sumbangan Bousigues setakat penggalnya adalah penubuhan 2 bilik pameran, 1 pusat servis dan membawa masuk Tesla Model Y ke Singapura pada minggu lalu.

Setakat ini Bousigues, yang menjadi pengurus pertama Tesla Di Asia Tenggara, tidak memberi sebarang kenyataan lanjut termasuk bekas majikannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat