Pening Lepas Menggila, EUR/USD Kekal Berehat Di Zon $1.13000

290

Reaksi sentimen pasaran yang bercampur-campur terus membuahkan tanda tanya setelah tampaknya pelabur mula mengambil langkah waspada selepas dibelenggu risiko berkaitan varian Omicron ketika ini.

Namun kenyataan hawkish yang disuarakan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell dilihat masih lagi menjadi tunjang utama yang berkemungkinan dapat menyokong pengukuhan matawang USD.

Pasaran mungkin akan lebih terarah kepada terbitan data NFP Amerika Syarikat (AS) untuk bulan November pada esok (Jumaat) susulan laporan data ADP NFP diterbitkan semalam dengan bacaan positif daripada jangkaan penurunan.

Pergerakan bergelora terus membadai harga pada carta pasangan matawang EUR/USD untuk bergerak mendatar pada zon RBS (resistance become support) 1.13000 sepanjang dagangan semalam (Rabu).

Tetapi trend harga masih dilihat seakan memberi isyarat awal untuk pengekalan trend bullish setelah harga masih lagi didagangkan di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada timeframe 1 jam.

Tambahan pula, isyarat berkenaan turut disokong selepas terbentuknya corak bullish engulfing pada rangka masa harian yang membawa maksud kebarangkalian harga mungkin akan mengekalkan lonjakan.

Jikalau begitu sasaran terdekat yang berkemungkinan akan diuji adalah pada zon SBR (support become resistance) 1.14000 yang dijadikan tumpuan bagi membuktikan corak pergerakan yang jelas dan ketara.

Keadaan ini tentunya akan menyaksikan harga pada carta EUR/USD dijangka mampu menuju ke zon SBR 1.15000 yang mana ia pernah menjadi zon sokongan sebelum berjaya ditembusi pada awal November.

Namun andai kata lonjakan harga gagal untuk dipamerkan, sudah semestinya zon RBS 1.13000 mungkin akan ditembusi pada kali ini untuk jangkaan harga menjejaki ke zon sokongan terbaharu pada 1.12000.

Sejajar dengan itu, paras terendah yang dicapai pada penghujung November sekitar 1.11900 mungkin juga akan menjadi perhatian pelabur untuk diuji sebelum menjangkakan harga menyusut lebih rendah.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat