Penjualan KFC Di China Alami Kemerosotan Ketara Akibat Covid-19

286

‘Adakah KFC China yang merosot ni juga effect daripada fenomena akak 7e yang viral hari tu?’

Yum China Holdings Inc, pemilik francais KFC, Pizza Hut dan Taco Bell di China, menyaksikan hasil penjualan di kedai-kedainya merosot ekoran peningkatan kes Covid-19 di negara tembok besar itu.

Peningkatan kes melibatkan Covid-19 di China kembali menghantui negara tersebut sehingga kerajaan terpaksa mengumumkan sekatan perjalanan (lockdown) di seluruh kawasan bagi membendung penyebaran.

Ekoran daripada itu, Yum Holdings terpaksa menanggung kesan apabila berlaku penurunan hasil penjualan sebanyak 20% dalam tempoh 2 minggu pertama bulan Mac, selepas ia mencatat penyusut hampir 4% pada bulan Januari dan Februari tahun sama.

Menurut sumber, Yum Holdings telah menutup sementara kesemua 1,100 cawangan kedai miliknya dan hanya menawarkan perkhidmatan bawa pulang (takeaway) sahaja.

Hujar Joey Wat, ketua eksekutif Yum Holdings, penyebaran wabak Covid-19 di wilayah penting dari segi ekonomi seperti Guangdong, Shanghai, Shandong dan Jilin menjejaskan operasi syarikatnya.

Tambahnya lagi, pengurusan rantaian bekalan yang baik sahaja yang kini menyokong syarikat daripada menghadapi situasi yang lebih teruk.

Yun Holdings yang menjangkakan keuntungan operasi sebanyak $165 juta bagi suku pertama dilihat melewati ramalan.

Dalam pada itu, syarikat pembuat kereta Toyata dan Volkswagen di wilayah Jilin turut terkesan teruk daripada peningkatan penyebaran Covid-19 dan lockdown.

Kerajaan China telah melaporkan lebih banyak kes bergejala melibatkan Covid-19 pada tahun ini kerana varian Omicron didapati lebih mudah berjangkit sehingga mencetus penyebaran dari Shanghai ke Shenzhen.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat