Pensyarah Dalang Skim Penipuan Kripto, 50 Pelajar IPT Rugi RM200,000!

4,683

“Harapkan pegar, pegar makan padi” – mungkin itulah pepatah yang sesuai untuk menggambarkan situasi lebih 50 penuntut institut pengajian tinggi di Kota Bharu yang terpedaya dengan iklan skim pelaburan cepat kaya matawang kripto.

Lebih malang lagi, penipuan tersebut didalangi oleh salah seorang pensyarah mereka sendiri.

Apa yang berlaku?

Dikatakan nasib malang pelajar-pelajar tersebut berpunca dengan iklan yang dimuatnaik oleh seorang pensyarah dalam ruang sembang berkumpulan Whatsapp pada Jun lalu.

‘Pelaburan’ matawang kripto yang dijanjikan oleh individu tersebut memberi jaminan keuntungan lebih 1% sehari dan 30% sebulan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat mendedahkan sebanyak 21 laporan telah diterima pada 18 Oktober sehingga kelmarin.

Kerugian yang direkod menghampiri RM900,000. Ini bermakna setiap mangsa kehilangan sekurang-kurangnya RM140 sehingga RM200,000 seorang!

Lebih mengeruhkan keadaan apabila masing-masing ada yang menggunakan wang simpanan dan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), berhutang, bergadai, dan membuat pinjaman duit keluarga, dan rakan-rakan.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan menurut Shafien, tiga kertas siasatan dibuka berhubung pelaburan tersebut.

Amat digalakkan kepada pelabur yang baru berjinak dengan pelaburan kripto untuk tidak terlalu awal percaya dengan pihak ketiga (individu) yang menjadi perantara, lagi-lagi yang menjanjikan keuntungan tinggi.

Pastikan pelaburan yang dilakukan adalah berdasarkan saluran yang betul dan sah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat